Assalamu'alaikum Wr,Wb
ILMU IFTIQAR DALAM SOAL DAN JAWAB
Pada pelajaran yang lepas kita telah membuat pengakuan naik saksi di hadapan Allah s.w.t di alam ROH yang kita bersetuju berTuhankan Allah, demikian nas yang kita perolehi daripada Al Quran dari surah Al A'araf ayat 172, dalam surah ini juga Allah s.w.t mengingatkan manusia supaya manusia jangan fikir bahawa Tuhan itu lalai dengan janji yang telah kita lakukan di alam ROH tersebut, dan Allah juga ada memberikan amaranNya kepada manusia supaya apa yang kita ikrarkan di alam ROH itu nanti jika kamu tersesat juga maka jangan kamu salahkan kepada kedua ibu dan bapa kamu pula Al A'araf ayat 173
Soalan:
Setelah ROHANI melafazkan ikrar dan janji mahu berTuhankan kepada Allah , Apakah terjadi selepas itu ?
Jawapan:
Allah telah memerintahkan kepada Malaikat yang empat supaya mengambil tanah bumi untuk mencipta manusia yang awal iaitu Adam a.s , Malaikat itu ialah Jibril,Mikail, Israfil dan 'Izrail, tiga Malaikat ini gagal mengambil tanah iaitu Jibrail,Mikail,Israfil, yang berjaya mengambil tanah ialah Malaikat 'Izrail, yang kemudiannya bertugas sebagai mengambil nyawa makhluk Allah
Soalan:
Mengapakah ketiga-tiga Malaikat itu gagal mengambil tanah bumi ?
Jawapan:
Ketiga-tiga Malaikat itu gagal kerana tanah bumi berkata kepada Malaikat tersebut bahawa kamu jangan membuat kerosakkan di bumi dengan berkata "A'uzubillahi minka (Jangan engkau merosakkan aku) akan tetapi apabila Malaikat Izrail yang mengambil maka bumi tidak boleh berkata apa-apa kerana ia di perintah oleh Allah berbuat demikian
Soalan:
Apakah jenis tanah yang di ambil oleh Malaikat 'Izrail tersebut ?
Jawapan:
Jenis tanah yang di ambil oleh Malaikat 'Izrail itu adalah dari unsur zat tanah yang akan melahirkan zuriat manusia yang berketurunan di antaranya berkulit putih, hitam, sawo matang, kuning dan berkulit halus dan kasar dan sebagainya serta berkelakuan mengikut warna kulit mereka, semuanya ini adalah daripada zuriat daripada Adam dan Hawa
Soalan:
Kemudian apa yang terjadi ?
Jawapan:
Kemudian Allah membentuk jasad Adam dengan kedua tanganNya (Tangan di sini adalah menunjukkan ayat mutasabihat) dan tangan itu bermaksud Qudrat dan Iradat Tuhan dan mengikut ilmuNya, sebagaimana firman Allah ayat 11 surah Al A'araf yang bermaksud " Dan sesungguhnya Kami telah jadikan kamu, lalu kami bentuk rupa kamu, ayat ini menunjukkan bukan saja penciptaan Adam akan tetapi semua manusia
Soalan:
Apabila Allah mencipta Adam, apa yang berlaku ?
Jawapan
Apabila Adam di cipta oleh Allah dan cukup jangka matangnya maka Allah meniupkan ROH daripadaNya sebagaimana firmanNya yang bermaksud " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan ROH kepadanya dariKU, maka hendaklah kamu (Malaikat dan Jin) sujud kepadanya, maka sujudlah semua Malaikat semuanya sekali melainkan Iblis yang tidak mahu sujud bersama mereka yang sujud Al Hijr ayat 29,30
Soalan:
Mengapa Allah suruh sujud Malaikat dan Jin kepada manusia setelah ROH di tiupkan kedalam jasad Adam ?
Jawapan:
Allah suruh Malaikat dan Jin sujud kepada Adam ialah kerana nilai ROH yang menjadi Ammar Tuhan itu tersangat tinggi nilainya selain ia adalah sebagai awal makhluk yang Allah jadikan, dan ia juga di kenali sebagai sebaik-baik kejadian, ertinya di antara makhluk yang terbaik ialah manusia, itulah fitrah awalnya dan yang menyebabkan Allah memerintahkan Malaikat sujud ialah rahsia yang terdapat pada ROH tersebut, itu sebab kita kena mengenal ROH (Rohani) kita sendiri, maksudnya mengenal diri, inilah secara kasarnya
Soalan:
Jadi ini bererti ROHANI itu adalah diri kita yang sebenarnya ?
Jawapan:
Benar, ROHANI kita yang berada dalam jasad kita itulah diri kita yang sebenarnya, inipun secara kasar sahaja kerana ada lagi istilah diri Terperi dan diri sebenar diri selain dari diri Terdiri semua ini ada di sebut oleh Allah di dalam Al Quran dengan berbagai-bagai nama
Apakah yang terkandung pada ROHANI tersebut ?
Jawapan:
Sebagai manusia biasa kita kena mengenali akan Diri kita yang berada di dalam jasad kita ini, ia terdiri dari ROH dan sifatnya, Nafsu dan sifatnya, Akal dan sifatnya, Nyawa atau Nafas dan sifatnya serta istilahnya, dan Rohani itu pula di lengkapkan pula oleh Allah dengan Malaikat penjaga dan Jin sebagai fitrah ujian kepada manusia kerana itu setiap muslim kena faham ANATOMI ROHANI tersebut baru boleh menjadi muslim yang baik, akan tetapi jangan dayus
Soalan:
Adakah sebab lain maka Allah memerintahkan Malaikat dan Jin sujud pada Adam ?
Jawapan:
Sebenarnya jika mengikut ilmu IFTIQAR dalam konsef sifat 20 maka QAHAR itu beserta ALLAH ertinya beserta sifat KAMAL nanti akan menyusul tentangnya, dan yang terbaik apabila kita mengikuti pelajaran ini maka yang lepas kita kena rujuk balik bagi memahamkannya kerana ilmu ini bersangkut di antara satu bab dengan bab yang lain
Bersambung........
No comments:
Post a Comment