Wednesday, July 25, 2012

ETIKA YANG KE 6

Assalamu'alaikum Wr,Wb
Etika yang ke Enam ini akan menceritakan bagaimana perhubungan di antara manusia dengan alam Ulwi (alam yang tinggi) alam ini adalah alam tempat manusia melafazkan ikrar patuh dan ta'at setia kepada asas-asas kehidupan yang akan di laksanakan oleh manusia di planet bumi

Ikrar ini berlaku semasa manusia masih belum di kurniakan oleh Allah s.w.t jasmani yang di cipta oleh Allah daripada tanah pilihan, bertempat di alam Roh ikrar di lafazkan di hadapan Allah yang menunjukkan bahawa manusia aakan patuh kepada Allah dengan hanya berikrar dengan kalimah La ilaha illallah

Sesungguhnya manusia tidak akan dapat menafikan bahawa dia tidak pernah berjanji kepada Allah di alam tersebut melainkan mereka yang tidak dapat asuhan daripada kedua ibu bapanya tentang ikrar tersebut, kerana itu untuk mengingatnya kembali manusia perlu membuka ikrarnya pada surah Bani Isroil ayat 85

Ikrar manusia pada alam tersebut adalah suatu ETIKA yang berasaskan kalimah La Illaha Illallah yang membawa kepada membentuk akidah dan ibadah yang menuju kepada kemuliaan pribadi dan akhlak yang mulia, hal inilah yang patut di praktikkan di dunia ini

Kerana itulah pribadi itu di katakan MORAL, dan moral itu wajib di kaitkan dengan nilai budi,harta,amal dan ibadat yang menjadi teras ibadat manusia di sisi Allah s.w.t

Seseorang muslim yang sejati pribadi adalah menjadi lakunya,moralnya dan akhlaknya. Oleh kerana setiap manusia mempunyai pribadi masing-masing, maka Tuhan mengutuskan beberapa utusan yang di kenali sebagai Rasul,Nabi dan wali yang terdiri daripada ulamak supaya pribadi seseorang itu di ajar mengikut panduan Tuhan iaitu Al Quran dan agamanya bernama Islam

Pribadi manusia itulah yang menunjukkan adanya agama,nabi,rasul dan ulamak, kerana pribadi seseorang itu menjadi:

1. Lakunya
2. Perangainya
3.Ibadatnya
4. Iktikadnya
5. Tauhidnya

Beberapa bangsa yang besar yang menjadi sejarah dunia yang mempunyai pribadi bermaharajalela di zamanya hanya meninggalkan sejarah buruk yang menjadi kutukan manusia di antara mereka ialah:
1. Bangsa Samud
2. Bangsa AD
3. Bangsa Rom
4. Bangsa Yunan Purba

Maka leburnya bangsa yang telah maju itu kerana kerosakkan pribadinya yang menjadikan Tuhan murka kepada mereka, lantara itu mereka hilang tanah air, hilang bangsanya, dan hilang nasab keturunannya, bangsa arab semasa Rasullullah s.a.w memulakan tugasnya sebagai penyampai ajaran Tuhan telah rosak pribadi mereka kerana

1. Membunuh anak perempuan
2. Memperhambakan manusia sebagai abdi
3. Memandang hina anak-anak miskin
4. Memandang hina anak-anak yatim

Nasib bangsa arab itu mempunyai Muhammad s.a.w sebagai kekasih Allah s.w.t yang di lahirkan dari perut bumi di bumi arab,dengan syafa'at nabi maka bangsa itu dari perangai syaitan kepada berperangai baik kerana adanya pertolongan daripada Muhammad yang ajarannya datang daripada langit

Umat nabi Luth mempunyai perangai yang kotor, mereka melakukan homoseks, natijahnya Allah terbalikkan bumi negara mereka tinggal hingga menjadi punah,umat nabi saleh yang mempunyai pribadi yang tidak ta'at dan tidak memegang janji maka Allah hancur leburkan bangsa itu dengan mengadaka ribut,banjir dan kemarau, bagi mereka agama hanya menjadi topeng sahaja, orang bijak pandai hanya dapat melakukan tambatan banjir dan sebagainya akan tetapi mereka tidak tahu apakah sebab dan musababnya perkara itu berlaku, semuanya itu adalah kerana hidup mereka tidak ber ETIKA

No comments:

Post a Comment