Salam
CERITA DARI MASJID NABAWI
Satu minggu sebelum Pak Karamu pulang ke tanah air Pak Karamu/Umarak Dagang telah berjumpa dengan seorang yang Pak Karamu anggap orang besar agama di dalam masjid Nabawi, dia ini datang dari Indonesia dan di iringi oleh beberapa orang pengiringnya termasuk orang arab sendiri
Apabila dia berada di dalam masjid dia membaca al quran yang di unjukkan oleh seorang arab, apabila masuk waktu solat orang arab datang ambil al quran daripadanya dan meletakkan al quran itu di tempatnya balik iaitu di tiang masjid yang ada tempat khusus al quran, bersamanya ada 9 orang pengiring mereka semua berpakaian seperti orang arab
Pak Karamu hanya memerhatikan saja, dalam hati Pak Karamu mungkin dia ini orang besar agama dan mungkin selalu datang ke tanah suci ini sebab ramai orang arab yang kenal dia atau dia ini pensyarah di university Madinah fikir Pak Karamu, pada hari juma'at Pak Karamu pergi awal ke masjid seorang diri orang lain belum lagi ramai datang
Setelah lebih kurang 1 jam di masjid tetiba orang Indonesia ini masuk ke dalam masjid duduk pula bersebelahan Pak Kramu dan pengikutnya juga sudah berada di kiri kanan Pak Karamu, dia salam Pak Karamu dan pengikutnya juga turut salam, di sebabkan waktu masih lagi lama dia sapa Pak Karamu " Dari mana ? Sapanya Pak Karamu jawab rengkas "Malaysia " jawab Pak Karamu, dari negara islam hadhari ? Katanya sambil tersenyum, dalam hati Pak Karamu dia ni perli nih ! Jawab Pak Karamu tidak !
Selepas solat juma'at dia salam dan pegang tangan Pak Karamu agak lama kemudian dia sebut al hamdulillah ! kemudian tercetus dari Pak Karamu secara tetiba saja entah mengapa Pak Karamu bagitahu dia " Pak ! dalam masjid ini banyak Allah ! sambil menunjukkan kalimah Allah yang begitu banyak di setiap tiang dalam masjid haram tersebut, Allah banyak ? katanya kehairanan jawab Pak Karamu Ya ! Allah banyak ! Kemudian kami masing-masing terdiam selang tak berapa lama dalam anggaran 10 minit dia pula berkata "Ya ! memang banyak !
Kemudian dia terangkan " oleh kerana kalimah Allah itu adalah asmak tentunya asmak Allah itu banyak ! katanya, kemudian Pak Karamu tanya lagi "jika demikian mahu sembah Tuhan yang mana satu ? tanya Pak Karamu jawabnya " Masya Allah yang jelas ada ilmu tauhidul Zat,Asmak,sifat dan juga af'al " katanya" Pak Karamu terus tanya dia " mahu sembah yang mana satu jika tidak tak perlu datang haji bikin capek dan habis wang saja" jelas Pak Karamu
kemudian dia anggok, kemudian Pak Karamu terangkan bagaimana mereka yang datang haji tapi bertalbiyah dengan lenangan air mata sedangkan mereka tidak mengenal Tuhannya ?
Syarat Allah itu jika kamu tidak arif dengan dirinya maka dosa kamu tidak terampun kerana satu dari syarat keampunan Tuhan ialah Faman 'aroofani ! (barang siapa yang mengenaliKu) ertinya baru boleh sebut Labbaika la syarikalakalabbaik ! ha baru Pak Karamu nampak kelopak matanya merah lalu dia salam tangan Pak Karamu, ini adalah ingatan Pak karamu kepada seluruh umat islam jika pergi Makkah tentukan kamu tidak dalam keadaan syirik kerana tidak mengenal Tuhan
Cukuplah setakat itu ......
No comments:
Post a Comment