Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 21

Assalamu'alaikum Wr,Wb
ILMU IFTIQAR SAMBUNGAN DALAM SOAL JAWAB sambungan.....
Soalan:

Saya masih tidak faham, mengapaada yang bergelar ustaz tidak membenarkan bertanya tentang ROHANI (ROH) apakah masalahnya ?

Jawab:

Memang terlalu ramai yang beranggapan demikian, mungkin bukan jurusannya untuk menjawab soalan ini, atau mungkin mereka beranggapan bahawa istilah Ammar Rabbi itu di serahkan saja kepada Allah, pada saya biarkanlah mereka bersikap demikian, jangan marah kepada mereka kerana ia bukan jurusan mereka dan bukan semua orang yang bernama ustaz faham, ilmu ini buleh di katakan sebagai ilmu yang khusus dan bagi orang yang mahu menefaatkan akalnya

Kita sebenarnya ada hujah yang perlu di fikirkan atau perlu di jawab mengikut pertanyaan Allah kepada manusia, jika kita lihat di dalam Al Quran pada ayat 5 dari surah At Thoriq maksud firman Allah "Maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia di jadikan (di ciptakan) ayat ini merupakan pertanyaan Allah kepada manusia, iaitu kita sendiri, jadi apa manusia hendak jawab ? Bukankah ayat ini merupakan pertanyaan daripada Allah !

Soalan:

Akan tetapi ayat di atas ia menunjukkan kejadian pada ayat berikutnya iaitu ayat nombor 6 dari surah ini yang bermaksud " Ia di ciptakan daripada air (mani) yang memancut (kedalam rahim) ?

Jawapan:

Ayat ini jika mengikut pandangan orang awam memanglah demikian akan tetapi tidak pada orang khusus sebab perkataan manusia di atas jika tidak di sertakan dengan ROHANI bolehkah kita katakan manusia ? Sedangkan apa yang kita fahami ialah maksud firman Allah kamu daripada Allah dan akan di kembalikan kepadanya ! jika kembali kepada Allah yang bernama kamu adakah kamu itu yang di tanam , jika jawabnya ia maka siapa pula yang mendapat rezeki di sisi Tuhan setelah mereka yang telah berpulang ! kerana itu kita hendaklah ingat bahawa ayat 5 dari surah At Thoriq ia adalah bermaksud kamu jasmani dan juga ROHANI

Soalan:

Adakah lagi dalil yang meyakinkan bahawa diri ROHANI itu adalah juga manusia sebenar ?

Jawapan:

Dalilnya kita boleh perolehi daripada ayat 7 dari surah Al Infitar yang bermaksud "Tuhan telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta menjadikan ( benaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya, ini menunjukkan bahawa jasmani atau tubuh badan mengikut kekuatan ROHANI

Soalan:

Adakah maksud ayat mengatur kejadianmu itu bermaksud ROHANI ?

Jawapan:

Benar ia adalah di maksudkan kepada ROHANI tersebut sebab ayat sambungan dari perkataan tersebut dengan sambungan perkataan LALU MENJADIKAN ANGGOTAMU SESUAI, ini bermaksud sesuai dengan ROHANI tersebut

Bersambung...

No comments:

Post a Comment