Assalamu'alaikum Wr,Wb
BAGAIMANA PERJALANAN FITRAH TAKDIR
Awal makhluk yang di jadikan oleh Allah s.w.t ialah Hakikatul Muhammadiyah iaitu Diri Batin Kemanusiaan yang di jadikan Tuhan daripada Nurullah yang kemudiannya di kenali sebagai Insan, dan insan ini adalah yang paling sempurna di jadikan Tuhan sebagaimana firmanNya yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menjadikan Insan itu sesempurna sempurna kejadian At-Tin ayat 4
Insan adalah sebagai diri sebenar diri yang sangat sempurna, kemudian di kurniakan oleh Allah Insan itu Roh, Akal dan Nafsu sebagai pelengkap sifat pada dirinya yang kemudiannya ia di kenali sebagai ROHANI, ketika ini dia belum lagi di takdirkan Tuhan dengan apa-apa amanah, kemudian Rohani itu di tempatkan oleh Allah di sebuah alam iaitu alam ROH di alam Ulwi ( Alam yang tinggi)
Keadaan Rohani semasa ia di jadikan ia sudah bersifat bermakna sebagai makhluk, setelah ia berada di alam Roh ia tetap sudah tersedia beserta dengan Allah dengan erti ia sudah memiliki sifat berkuasa, berkehendak, mengetahui dan sifat hidup yang sentiasa berfungsi sebagai makhluk Allah s.w.t akan tetapi ia belum lagi di berikan tugas, dengan maksud takdir belum lagi di timpakan kepadanya dan malaikat belum lagi membuat catetan terhadap mereka
Apabila Tuhan mula menjadikan Adam sebagai pewaris tempat Rohani itu tinggal untuk beribadat kepada Tuhan maka bermulalah Rohani itu bersiap sedia untuk menerima tugas dan arahan daripada Tuhan dengan menguji sekalian Rohani itu dengan pertanyaan daripada Tuhan sepertimana yang di sebut oleh Allah di dalam Al Quran ayat 172 dari surah Al A'araf yang bermaksud : Tidakkah Aku ini Tuhan kamu ? maka jawapan Rohani semasa di alam Roh itu : Bahkan, kami menjadi saksi, kemudian Allah berkata : Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak Kami adalah lalai (tentang hakikat tauhid ini)
Di sini kita mahu tegaskan bahawa jawapan sekalian Rohani itu adalah bermaksud : Ana 'abduka, Ibni 'abduka, la makbud ghoirika Illa Anta ( kami hamba Kamu, anak-anak hamba Kamu tiada Kami mengabdikan diri melainkan dengan kamu) jawapan ini membawa kepada maksud La Illaha Ill Allah (Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah) inilah buat pertama kalinya Rohani itu di takdirkan oleh Allah menjawab soalan takdir atas ketetapan daripada Allah dan inilah kalimah kesaksian yang mula-mula sekali di akui oleh sekalian Rohani ini, dan ayat kesaksian inilah yang menjadi pegangan sehingga hari kiamat
Ikrar Rohani ini menjadi pengajaran kepada manusia supaya jangan membuat penyaksian palsu terhadap ayat amanah daripada Allah tersebut kerana ayat ini ada ancaman daripada Allah tentang penyaksian yang palsu (syirik) sebagaimana maksud ayat akhir dari surah Al A'araf 172 ini menyatakan: an taqulu yaumal qiamati in na kun na 'an haza gho filin (Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat bahawa Kami adalah lalai)
Setelah Adam telah sempurna di jadikan Tuhan maka bermulalah Rohani keluar daripada alam Roh itu mengikut gilirannya dan Rohani yang pertma di namakan dengan nama Abu Roh iaitu bapa Roh (bapa Rohani) dan di ikuti pula dengan Rohani yang lain mengikut perkembangan takdir fitrah yang di tetapkan oleh Allah s.w.t dan bermulalah awal takdir fitrah yang di pikul oleh bapa manusia tersebut sejak daripada syurga Khuldi lagi, namun ia hanya sekadar fitrah yang belum lagi tercatet dalam buku catetan kebaikan dan keburukan ini kerana tugas khalifah hanya berlaku di planet bumi
bersambung......
No comments:
Post a Comment