Salam
PELAJARAN KITA PADA KALI INI KITA AKAN TERANGKAN ISTILAH DIRI
من عرف نفسه فقد عرف ربه، ومن عرف ربه فسدالجسد
Jika kita tinjau di dalam al quran maka kita akan berjumpa dengan istilah diri yang di petik dari istilah nafas, nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri, diri ini tidak di pahami oleh kebanyakan orang awam kerana istilah ini sangat seni dan halus namun istilah ini tetaplah bermaksud diri sebagaimana yang terdapat di dalam al quran
Orang saufisma yang berlandaskan kepada tauhid memahamkan istilah diri ini berpunca dari istilah INSAN yang mana di katakan anasir INSAN ini daripada istilah Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri di dalam al quran dan di dalam al quran juga terdapat istilah diri sebagai Fuad, Anfusahum, Nafasaka, Nufusikum, Nafsun, Nafsin, Anfusikum, Nafsahu, Nufusun, Nafsika dan lainnya
Dalam mempelajari ilmu ini kita ambil saja istilah ini secara kasarnya sahaja yang mana ilmu ini telah masyhur di perkatakan dan di pelajari oleh ahli ilmuan yang membawa kepada tarikat, tasauf, tasawwuf dan Kerohanian yang membawa kepada ilmu tamadun manusia di sepanjang zaman
ISTILAH DIRI
1. Diri Terdiri (Jasmani)
2. Diri Terperi (Yang terdiri dari Roh, Akal, dan Nafsu) atau di namakan juga Ruhul Yaqazah
3. Diri Sebenar Diri (Yang terdiri dari istilah Insan) atau di kenali juga sebagai Ruhul Hayat
4, Diri Tajalli yang berpaksi kepada sifat Kamal
1. DIRI TERDIRI
Diri ini membawa kepada maksud diri jasmani, perkataan TERDIRI ini menunjukkan bahawa jasmani itu terdiri daripada apa asal usul kejadian awal dan selepasnya ia juga bererti bahawa jasmani manusia itu TERDIRI dari apa serta mengapa ia di ciptakan oleh Tuhan
Diri ini mula di ciptakan oleh Allah di mulai ilmunya daripada sejarah ADAM a.s di syurga Khuldi (Jannatul Khuldi) Anasir awalnya daripada tanah yang di perintahkan oleh Allah malaikat mengambilnya yang mana tanah pilihan ini mengandungi air,api dan juga angin dan selepasnya diri terdiri ini di jadikan pula dari unsur jenerasi kedua iaitu dari wadi,wazi, mani dan juga maknikam iaitu benih Hawa dan juga Adam
Ilmu ini adalah ilmu kajian para doktor (Anatomi) Yang mana ilmu ini memakan masa yang agak lama untuk di pelajari dan di selidiki sehingga mereka memperoleh kepakaran dalam bidang kedoktoran dan sehingga zaman ini belum lagi para doktor berpuas hati di dalam kajiannya
Diri TERDIRI ini secara rengkasnya adalah terdiri dari apa juga yang terdapat pada sebatang tubuh manusia sama ada di luar jasmani ataupun di dalam jasmani, ertinya sebatang tubuh manusia yang TERDIRI dari kepala, tangan, badan, kaki, kulit,daging, rambut, urat, jantina dan lainnya
Diri ini jugalah yang di maksudkan oleh Allah di dalam al quran sebagai
ينبؤ االأ نسن يومئذ بما قدم وأخر، بل الأنسن على نفسه بصيرة، ولو ألقى معا زيره
Maksudnya:
Pada hari itu manusia di beritahu akan apa yang ia telah lakukan dan apa yang ia telah tinggalkan, bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasan-alasan (Untuk membela diri)
(Al Qiyamah 13,14 dan 15)
Ayat yang di atas menunjukkan secara jelas bahawa diri terdiri ini telah di tentukan oleh Allah untuk menjadi saksi kepada segala perbuatan dirinya, ini bererti ada diri yang sebenar yang bersoal jawab dengan Tuhannya sementara jasadnya tetaplah menjadi saksi, siapakah diri ini ? Diri inilah yang di maksudkan diri
TERPERI
Dan diri inilah juga yang di terangkan oleh Allah sebagai :
الذى خلقك فسو ىك فعدلك (
Tuhan yang telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (Dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta menjadikan (benaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya (Surah Infitar ayat 7)
Jelas sekali ayat ini menujukkan bahawa tujuan Allah menjadikan jasad (Diri Terdiri) ini dengan tujuan
kerananya iaitu kerana diri Terperi yang kekuatannya adalah lebih kuat dari diri jasmani akan tetapi di sebabkan asal usul bahan diri
TERDIRI ini di jadikan dari sumber tanah, air, api dan juga angin yang kemudiannya dari bahan wadi, wazi, mani dan juga maknikam maka ia di anggap sebagai bahan daya tahan atau cooling system maka mampulah diri
TERPERI itu tinggal di dalamnya dan diri
TERDIRI inilah yang dapat dan mampu memperlihatkan Af'al daripada Allah
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. DIRI TERPERI
Istilah diri TERPERI adalah melibatkan ilmu yang berkaitan dengan perkara Kerohanian, asal ilmu ini di petik dari istilah Rohani yang mengandungi anasir roh,akal,nafsu dan juga nyawa, apabila Rohani itu di bahagikan kepada dua maka ujudlah istilah Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat, Ruhul Yaqazah mengandungi anasir roh,akal dan juga nafsu sementara ruhul hayat mengandungi anasir nyawa sahaja
Ruhul Yaqazah inilah yang di kenali sebagai diri TERPERI, diri ini di sebut TERPERI adalah kerana ia memiliki keupayaan yang tidak ada tolak bandingnya, ertinya tidak terperi keupayaannya,kehendak dan juga ilmunya, asal usulnya daripada sifat ma'ani iaitu sifat qudrat,Iradat dan juga Ilmu, dari qudrat ujud roh, dari Iradat ujud nafsu dan dari ilmu ujud Akal, semua ini perlu di pelajari dari ilmu sifat 20 tanpanya adalah sukar untuk di fahami
Di dalam al quran cerita Ruhul Yaqazah atau diri TERPERI ini kita boleh memahaminya melalui surah Al An'am ayat 60 FirmanNya:
وهو الذى يتوفىكم باليل ويعلم ما جرحتم بالنهار ثم يبعشكم فيه ليقض أجل مسمى
شم أليه مرجعكم شم ينبئكم بما كنتم تعملون
Maksudnya: Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) untuk di sempurnakan ajal yang telah di tetapkan, kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kamu itu adalah kamu diri TERPERI iaitu apabila kita di tidurkan oleh Allah maka roh, akal dan nafsu keluar dari jasad, yang tinggal hanyalah jasad dan juga nyawa, andainya nyawapun keluar maka ia di namakan mati
Allah berfirman lagi dalam surah Az Zumar ayat 42
الله يتوفى الأنفس حين موتها والتى لم تمت فى منا مها فيمسك التى قضى عليها الموت
وير سل الأخرى ألى أجل مسمى أن فى ذلك لأيىت لقوم يتفكرون
Maksudnya:
Allahlah yang menguasai segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan satu-satunya jiwa dari badan, jiwa yang orang sampai ajalnya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan kembali jiwa yang lain kebadannya, sehingga sampai ajal yang di tentukan sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir
Ayat yang di atas menerangkan semua perkara diri di tahan oleh Allah atas fitrah kehendakNya sama ada Dia tahan atau Dia lepaskan jiwa-jiwa atau di hukum mati dalam tidur atau menahan jiwa yang terhukum mati dan melepaskan kembali jiwa ke badan sehingga sampai ajal, ertinya semasa orang tidur Allah tahan Ruhul Yaqazah, sementara Ruhul Hayat tetap dengan jasad, apabila Ruhul Yaqazah di lepaskan kembali ke badan maka terjagalah manusia itu, ini juga bermaksud bahawa Ruhul Yaqazah (diri TERPERI) itu bermaksud Roh yang menjagakan manusia, ertinya apabila roh,akal dan juga nafsu keluar maka manusia tidur dan apabila di lepaskan balik pada jasad maka manusia terjaga
Untuk memahamkan lagi konsep diri
TERPERI ini maka di sini di terangkan dengan tafsiran ijtihad ulama mengatakan bahawa
بان فى كل جسد روحين احدا هما روح اليقظة التى اجرى الله العادة بانها اذا كانت فى الجسد كان الأنسان مستيقظا
فأذا خرجت منه نام ورأت تلك الروح المنا مات، والأخرى روح الحياة التى اجرى الله العادة بانهااذا كانت فى الجسد
كان حيا فأذا فارقته مات وهاتان الروحان فى باطن الأنسان لايعرف مقرهما الا من اطلعه الله على ذلك
Bi anna fi kulli jasadi ruhaini ihuda huma ruhul yaqazatillati ajrallahul 'adata bi an naha iza kanat fil jasadi kanal insanu mustaiqizon fa iza kho rajat minhu nama wa roo at til kal ruhul mana mati, wal ukhro ruhul haayatallati aj rollahul 'adaata bi annaha iza kaanat fil jasadi kana hayyan fa iza faroqot hu mata wa ha tanir ruhaani fi batinil insaani la yu'rofu maqor ruhuma illa man at lamahullahu ala zalik
Maksudnya: Bahawa setiap jasad itu ada dua jenis roh, salah satu dari keduanya ialah Ruhul Yaqazah, yang di alirkan oleh Allah adat. jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga (sedar) Maka apabila ia keluar daripada jasad, maka tidurlah manusia dan melihatlah roh (diri TERPERI) itu akan mimpi-mimpi, sementara ruhul hayat yang di alirkan olehNya adat jika ia berada dalam satu jasad maka jadilah jasad hidup, apabila ia berpisah dari badan maka matilah manusia, dan kedua jenis roh ini berada dalam jasad manusia yang tidak di ketahui tempat ketetapannya melainkan orang yang di perlihatkan oleh Allah kepadanya atas yang demikian itu
Lebih jelas lagi ilmu diri
TERPERI ini jika kita boleh faham ilmu
IFTIQAR pada bab sifat qahar iaitu sifat qudrat,Iradat,Imu dan sifat hayat, yang mana sifat ini lazim melazimi dengan sifat Maanawiyah (Qadirun, Maridun, Alimun dan juga Hayyun) dan satu sifat Salbiyah (Sifat Kamal) yang menguasai sifat qahar yang menyebabkan semua kuasa ini di tangani oleh Ke Esaan Allah semata-mata yang menghasilkan maksud ayat At Takwir ayat 29, Ash Shafat 96, Al An'am 61, Al Baroah 51 dan banyak ayat lagi
Ilmu diri
TERPERI inilah yang menyebabkan manusia menanggung 'azab dan sangsara kerana di sana ujudnya roh, akal dan juga nafsu yang menyebabkan manusia hanyut dalam ilmu akidah dan perhubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa, sebaiknya berjumpalah guru yang arif tentang ilmu ini
Dengan memahami ilmu diri
TERPERI ini juga maka kenallah kita akan maksud Ammar Rabbi yang tertakluk di bawah takdir Tuhan atau ilmu yang di namakan qadha dan qadar, ilmu ini sangat luas, ia perlu di pelajari dengan berpandukan al quran dan hadis nabi s.a.w dan ilmu inilah yang di kuasai oleh Saidina Ali r.a yang di muatkan oleh Yusuf Al Qardawi di dalam kitab khutbahnya
Awas kepada yang mempelajari ilmu diri
TERPERI ini juga harus di peringatkan supaya jangan mengamalkan fahaman Jabariah, yang sebaiknya kita perlu merujuk ayat-ayat jabariah sehingga ia di bawa kepada fahaman ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi ini tertunai dengan sebaiknya
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam
3.
DIRI SEBENAR DIRI
Diri ini di kenali sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya diri sebenar diri ini istilahnya sangat banyak ia terpulang kepada individu bagaimana pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau bagaimanapun istilah yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada keraguan orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri iaitu Insan, Ruhul Hayat dan juga Nur Muhammad, sekalipun ianya saya utarakan 3 nama akan tetapi ia tetaplah satu
Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai لقد خلقنا الأنسن فى احسن تقويم (Sesungguhnya Kami telah jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian) At-Tin 4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam berbeza dengan orang khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia pada maksud keseluruhannya akan tetapi mengikut fahaman orang khusus Insan itu adalah Diri batin yang mengawal seluruh istilah diri
Diri ini di kira sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di sertai sesuatu yang mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah yang di maksudkan من عرف نفسه فقد عرف ربه (Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah atau rahsia Allah kerana kesempurnaannya di kaitkan untuk tangga mengenal Allah yang menjadikan seluruh alam dan keadaannya tidak menyerupa apa jugapun
Mungkin ada di antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai apa jugapun seolah-olah sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI SYAI UN namun di sini kita perlu terangkan supaya orang yang membaca kitab ini tidak tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik dari surah An Nahl ayat 17 افمن يخلق كمن لايخلق أفلا تذكرون ( Kalau sudah begitu adakah Allah yang menciptakan (Zat yang menjadikan) semua itu sama seperti makhluk (zat yang tidak menjadikan) yang tidak menciptak sesuatu? Maka patutkah kamu lalai kerana tidak mahu memikirkannya ? )
Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan bahawa di antara Zat Allah dan Zat manusia adalah tidak sama kerana Zat Allah ada sifat keagunganNya (sifat Salbiyah) yang tidak ada permulaan dan akhirnya sementara zat Manusia ada awal kejadiannya, ini bererti ianya makhluk yang bertaraf zat yang di jadikan oleh Allah dan manusia perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri, kerana itu Allah suruh manusia berfikir "Dan di dalam diri kamu itu tidakkah kamu perhatikan ?
Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga tanafas dan ialah yang menjadi rahsia kepada mengenal ujudnya Zat Allah sebab itu di katakan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri inilah yang di sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai وهو معكم أينما كنتم (Dan Dia beserta kamu di mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan banyak lagi ayat yang menyatakan bahawa Dia adalah beserta manusia dan juga hampir di antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16
MENGAPA DIA DI SEBUT SEBAGAI DIRI SEBENAR DIRI ?
Diri ini di sebut oleh jumhur Ulama semasa mereka berada di alam Roh adalah sebagai diri yang menjadi wakil kepada sekalian Roh-roh (roh,nafsu dan akal) bagi menjawab pertanyaan Allah sebagaimana yang terdapat di dalam al quran pada surah Al A'araf ayat 172
ألست بربكم قالوا بلى شهدنا أن تقولوا يوم القيمة أنا كنا عن هذا غفلين
Maksudnya: Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Mereka semua menjawab "Benar Engkau adalah Tuhan kami dan kami menjadi sksi" yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, sesungguhnya Kami adalah lalai (tentang hakikat Tauhid ini)
Ayat di atas menunjukkan janji diri sebenar diri itu kepada Tuhan yang mereka mahu berTuhankan kepda penciptanya iaitu Allah dengan berkata kami menyaksikan, ertinya menaik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah iaitu La Illaha Illallah (
لا اله الا الله ) yang mana kalimah tersebut sebagai pengakuan diri sebenar diri itu mahu menjadi hamba yang soleh kerana mahu mengamalkan semua cara hidup berasaskan Lillhi Ta'ala
( لا اله الا الله )
Mengikut pandangan yang lain ada juga yang mengatakan bahawa yang mewakili sekalian roh tersebut adalah Nur Muhammad dan ada juga yang mengatakan Hakikatul Muhammadiayah, semuanya itu adalah sama iaitu dialah sebagai diri sebenar diri atau Insan atau Ruhul Hayat
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam
4,
DIRI TAJALLI
Hanya orang-orang khusus saja yang faham dengan istilah DIRI TAJALLI ini namun tidak pula terkecuali untuk orang awam memahaminya asalkan mereka rajin berwirid dengan al quran, DIRI TAJALLI ini bermula di ceritakan oleh golongan yang menghampiri diri mereka kepada Allah s.w.t sama ada mereka ingin mengetahui dengan jelas lagi bagaimana perhubungan manusia dalam soal beribadah (Uluhiyah) Walau apapun DIRI TAJALLI ini bukan makhluk akan tetapi Rububiyah
Kesah bermula daripada peristiwa Nabi Allah Musa mahu melihat Zat Allah s.w.t sebagaimana firmanNya dalam surah Al A'araf ayat 143
Firman Allah s.w.t
ولما جاء موسى لميقتنا وكلمه ربه قال رب أرنى أنظر أليك
قال لن ترنى ولكن انظر ألى الجبل فأن استقر مكانه فسوف
ترنى فلما تجلى ربه للجبل جعله د كا و خرموسى صعقا فلما
أفاق قال سبحنك تبت أليك وأنا أول المؤمنين
Maksudnya: Dan tetekala nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhanmu berkata dengannya, maka nabi Musa berkata "Wahai Tuhankuperlihatkanlah kepadaku (akan ZatMu) supaya aku dapat memandang kepadaMU, Allah berfirman "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi lihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu, maka tetekala Tuhan mentajallikan dirinya, kepada gunung itu maka hancur leburlah gunung itu, lalu Musapun jatuh pengsan, setelah ia sedar semula berkatalah Musa Maha suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal beriman kepadaMu
Demikianlah sejarah Tajalli yang di kaitkan dengan ilmu DIRI TAJALLI. Istilah DIRI TAJALLI ini ada yang mengertikan sebagai menunjukkan Diri Zat, ada juga yang mentafsirkan sebagai menzahirkan, dan ada juga sebagai menampakkan diri Zat itu, dalam tafsiran pimpinan Ar Rahman menyebut sebagai menzahirkan sifat kebesaran ZatNya, walau apapun soal pokoknya ialah Zat yang Maha Agong itu telah mentajallikan dirinya di bukit Thur Sina lalu bukit itu menjadi hancur berderai
DIRI TAJALLI SATU ANALISA
berdasarkan ayat Tajalli di atas sudah jelas bahawa DIRI TAJALLI itu bukan makhluk akan tetapi Tuhan dengan sifat keagunganNya yang memiliki sifat yang berlainan dengan sifat kebesaranNya, saya lebih menumpukan analisa ini berdasarkan ilmu sifat 20 yang membezakan sifat keagungan dan sifat kebesaranNya kerana sifat keagunganNya itu adalah sifat yang menetapkan sifat keagungan DiriNya secara mutlak sementara sifat kebesaranNya adalah sifat yang di timpakan kepada sekalian makhlukNya sebab itulah sifat ma'anawiyah dan Salbiyah berbeza, hal ini perlu di rujuk kepada guru yang lebih arif
Soal mengapa
DIRI TAJALLI ini menjadi rujukan diri yang di kaitkan dengan diri manusia ialah kerana ujud sifat salbiyah (Wahdaniyah) pada sifat Kamal Allah s.w.t hal ini adalah jelas, inilah yang terdapat pada sifat Iftiqar kerana itu di katakan bahawa semua perbuatan,kehendak, dan kuasa penggerak adalah datang daripada Allah s.w.t sila rujuk pada ayat at takwir 29, ayat ash shaffat 96, ayat Al An'am 61, ayat surah al Baro'ah 51, ayat surah al anfal 17 dan An Nisa 78 dan banyak ayat lagi, dan yang terbaiknya ialah berjumpalah dengan guru yang arif
Jika kita ambil daripada peristiwa Musa ini maka kita dapati ilmu ini merangkumi dua ilmu yang besar dan asas iaitu ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang mana ilmu Rububiyah inilah yang di katakan Tuhan menjadikan sesuatu daripada alam ini, sementara ilmu uluhiyah adalah ilmu yang membabitkan diri terdiri, diri terperi dan diri sebenar diri dan yang menghubungkan di antara dua ilmu yang asas ini ialah sifat Wahdaniyah dari kumpulan sifat Salbiyah. Tuhan tidak di katakan Tuhan jika Dia tidak bersifat Salbiyah
Melihatkan kepada peristiwa nabi Musa maka jelaslah kuasa Uluhiyah di kuasai oleh sifat Wahdaniyah yang ada pada sifat Kamal yang menunjukkan bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Ke Esaan Allah belaka iaitu
SETIAP SESUATU ITU DATANG DARIPADA ALLAH. cuma adalah agak mustahil bagi nabi Musa mahu melihat wajah Zat Allah sebab kuasa Nur ala Nur itu tersangat kuat sehinggakan bukit Thur sinapun hancur berderai menjadi abu, itulah sebabnya pandangan para ulama menyatakan bahawa NUR itu memiliki kuasa yang bukan layak bagi sekalian baharu mendampinginya dan sebab itulah juga Allah menjadikan alam yang nyata ini bersumber daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api nurul adhom sebagai pelindung kuasa ketahanan, semua ini perlu di gurui