Sabda Rasulallah saw:
MAN ARAFA NAFSA FAQAD ARAFA RAB’BAH WAMAN ARAFA RAB’BAH FASADA JASAD.
MAN ARAFA NAFSA FAQAD ARAFA RAB’BAH WAMAN ARAFA RAB’BAH FASADA JASAD.
“Sesiapa yang mengenal dirinya,tentu dia mengenal Robbnya dan sesiapa yang mengenal Robbnya, maka binasalah dirinya.”
Firman Allah swt:
“Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan”(al-Baqarah:156)
“Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan”(al-Baqarah:156)
Apabila Ruh diturunkan kebumi, ia berhajat kepada Sifat Iftiqar Allah untuk berfungsi di atas muka bumi ini..Jika tiada Sifat Iftiqar,Ruh tidak berfungsi.Ini disebabkan ia memiliki sifat yang suci dan tinggi.Ia tiada pengetahuan dan kehendak terhadap alam yang rendah (dunia).Oleh itu, ia perlukan Sifat Iftiqar untuk melaksanakan tugas khalifah, untuk kehidupannya dan dunia.
Empat Sifat Iftiqar: Sifat Qudrat, Hayat, Iradat, Ilmu.
Sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad,Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai kealam “Mulkiah” yang disebut “Qiswah Unsuriah” iaitu alam Jabarut, alam Malkut dan alam Mulki kerana kekuatan Ruh Al-Qudsi boleh menghancurkan jasad, sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya bumi dengan pelbagai lapisan agar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya.
-ALLAH swt-RUH YANG SUCI Firman Allah swt: (“Lalu kutiupkan Roh-Ku dalam tubuh manusia.”Al-Hijr:29)
-1) QUDRAT (Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam jasad.Ruh memerlukan jasad untuk bergerak di atas muka bumi.(NASMA “fizikal”: kuasa batin yang hebat).
TANAH: tubuh badan-istana hakikat.
-1) QUDRAT (Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam jasad.Ruh memerlukan jasad untuk bergerak di atas muka bumi.(NASMA “fizikal”: kuasa batin yang hebat).
TANAH: tubuh badan-istana hakikat.
-2) ILMU (ilmu): ianya dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi akal apabila digabungkan dgn unsur air dan diletakkan pd otak.Ruh tidak akan dapat berfikir untuk kehidupan didunia tanpa ilmu bangsa dunia.(AIR: akal- ilham,laduni pandangan tajam hikmah).AIR: otak-istana syariat.
-3) HAYAT (hidup): ianya dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi nafas apabila bergabung dgn udara.Ruh memerlukan nafas untuk berhubung dgn nafas.(NAFAS: menstabilkan emosi,akal,kesihatan dan perjalanan Ruh). ANGIN,udara:sistem pernafasan-istana tarikat.
-4) IRADAT (berkehendak): ianya dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi nafas apabila digabungkan dgn unsur api dan diletakkan dijantung/qalbi.Ruh memerlukan nafsu yg bangsa dunia untuk memakmurkan dunia.(NAFSU: ketenangan,kasyaf,asyik,cinta,rindu,syuhud,makrifat) API: jantung-istana makrifat.Syaik Abdul Qadir Jailani:Di dalam Kitab Sirrul Asrar:Ruh adalah hakikat diri manusia yang sebenar.Ruh adalah Nur cahaya yang tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum diturunkan ke alam dunia ini agar jasad tidak terbakar.